Wednesday, January 5, 2011


Musim hujan merupakan cuaca lembap yang besar kemungkinan kita mudah mendapat jangkitan demam,selsema dan batuk.So,hari ini aku ingin berkongsi petua yang biasa aku amalkan taktala petanda demam muncul dengan pembaca semua tentang bagaimana menghindari dan mengelakkan demam.Biasanya sebelum terkena demam,batuk dan selsema tu kan sudah semestinya kerongkong akan berasa gatal2 kan??Telan air liur pun terasa perit kan?kan??Kalau anda sudah mempunyai tanda berikut anda adalah disaran mengambil sebiji lemon dan perah lemon tersebut untuk mendapatkan jusnya.Campur jus lemon itu dengan sedikit garam bukit @ madu asli dan minumlah jus tersebut 2 kali pada hari anda mula2 mendapat petanda sakit kerongkong tersebut.Insyaallah petanda tersebut akan hilang dan dan anda tidak akan mendapat demam,batuk@ selsema.Tapi jangan tunggu dah demam baru nak minum jus lemon,itu dah tak mujarab..Jadi sesiapa yang tak mahu demam melarat bolehlah mencuba petua turun temurun ini.usah risau akan kesan sampingannya kerana ia selamat dan anda sendiri sudah tahukan ia adalah dari ramuan yang semulajadi.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment